Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

15 Apakah yang dimaksudkan dengan pembayaran pencen di bawah Skim B dan siapakah yang akan dibayar di bawah skim ini?

  • Pembayaran pencen di bawah Skim B membawa maksud bahawa untuk mendapatkan bayaran pencen mereka, pesara perlulah terlebih dahulu membuat tuntutan di mana-mana cawangan bank yang berkenaan, dengan mengisi borang tuntutan pencen yang boleh diperoleh dikaunter bank berkenaan. Ini bererti pesara/penerima pencen pelu menghadirkan diri ke bank setiap bulan untuk menandatangani borang tuntutan pencen sebelum bayaran pencen dikreditkan ke adalam akaunnya. Tiada perkreditan terus pencen ke akaun pesara di buat di bawah skim B.
  • Golongan pesara yang layak dibayar di bawah Skim B ialah mereka-mereka yang bujang atau yang telah kematian isteri/suami atau mempunyai suami/isteri yang dikahwini selepas bersara dan juga mereka menerima pencen terbitan/pencen tanggungan.
  • Kongsi