Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Adakah pegawai lantikan tetap yang belum disahkan dalam perkhidmatan tetapi telah melalui tempoh percubaan melebihi tiga (3) tahun layak diberikan pergerakan gaji tahunan (PGT)?

  • Pegawai lantikan tetap yang belum disahkan dalam perkhidmatan tetapi telah melalui tempoh percubaan melebihi tiga (3) tahun layak diberikan pergerakan gaji tahunan (PGT) sekiranya pegawai tersebut telah diluluskan pelanjutan tempoh percubaan tanpa denda. Bagi pegawai yang dilanjutkan tempoh percubaan dengan denda tidak layak diberikan PGT dalam tempoh pelanjutan percubaan dengan denda. Walau bagaimanapun, pegawai dalam keadaan berikut layak dipertimbangkan PGT sebelum atau pada tempoh percubaan pegawai dilanjutkan dengan denda jika

(a) Tarikh pergerakan gaji (TPG) tahunannya adalah sama dengan tarikh pelanjutan tempoh percubaan dengan denda dan pegawai belum mendapat PGT kali ketiga dalam tempoh percubaan asalnya.

(b) Pegawai belum memperoleh PGT kali ketiga dalam tempoh percubaan asalnya.

Contoh pelaksanaan pelarasan gaji bagi situasi di atas boleh dirujuk melalui Lampiran B, C, C1 dan C2, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2009.

  • Kongsi