Adakah seorang pegawai awam boleh mendapatkan rawatan sakit barah di hospital/ klinik swasta?
Pegawai boleh mendapatkan rawatan sakit barah di hospital/ klinik swasta sepenuhnya tetapi hendaklah mendapatkan kebenaran berubat di yayasan bukan kerajaan daripada Kuasa Tertentu (BPSM, KPM) terlebih dahulu. Selepas mendapat kebenaran tersebut, pegawai layak dipertimbangkan kemudahan Cuti Barah Bergaji Penuh selama 730 hari dengan syarat segala perbelanjaan rawatan perubatan barah tidak ditanggung oleh Kerajaan.
- Sekiranya seorang pegawai disahkan menghidap Kanser Payu Dara mulai Disember 2012 dan telah diluluskan Cuti Barah Bergaji Penuh selama 520 hari oleh Ketua Jabatan. Walau bagaimanapun, pada Jun 2014, pegawai tersebut disahkan menghidap kanser rahim tahap 2. Dalam kes ini, adakah pegawai layak mendapat kemudahan Cuti Barah Bergaji Penuh tambahan sebanyak 730 hari bagi penyakit kanser rahim?
Berdasarkan peruntukan Perintah Am 31 Bab C Tahun 1974, kemudahan Cuti Barah Bergaji Penuh selama 24 bulan (730 hari) boleh diberikan kepada pegawai yang disahkan menghidap penyakit barah atau yang setaraf dengannya. Ini bermakna kelayakan Cuti Barah Bergaji Penuh selama 24 bulan (730 hari) meliputi kedua-dua jenis barah yang dihidapi pegawai.
Seseorang pegawai yang penyakit Tibi/ Kusta/ Barahnya berbalik semula, tidak akan dapat kelayakan Cuti Tibi/Kusta/Barah dengan kadar penuh semula. Walau bagaimanapun, ia hendaklah diberi sebarang baki Cuti Tibi/ Kusta/ Barah yang tinggal.