Apakah definisi Waran Perjawatan (WP)?
- Waran Perjawatan (WP) adalah dokumen rasmi yang digunakan oleh semua agensi di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan (PAP) bertujuan untuk meluluskan sesuatu perubahan kepada Senarai Perjawatan Tahunan sektor awam. Ia juga merupakan dokumen perundangan yang memberi kuasa bagi mewujud/menambah dan mengurangkan bilangan jawatan atau mengubah tangga gaji gred jawatan yang diperuntukkan di bawah sesuatu Maksud Perbelanjaan Anggaran Persekutuan dan seterusnya membenarkan bayaran gaji/imbuhan dibuat.