Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Apakah Perbezaan Kenaikan Pangkat Laluan TBBK Ex-PPPLD dan Laluan Khas Guru Besar Ex-PPPLD?

  • Syarat umum kenaikan pangkat TBBK Ex-PPPLD:

a) Disahkan dalam perkhidmatan;

b) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu jumlah wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) seperti contoh Jadual bawah ini dengan pembahagian wajaran sebanyak 20% bagi tahun pertama, 35% bagi tahun kedua dan 45% bagi tahun ketiga:

Tarikh Kelayakan Bagi Urusan TBBK Ex-PPPLD Gred 44 dan Gred 48

Markah Minimum LNPT

LNPT yang digunakan

1 Januari 2015 – 30 Jun 2015

80%

2011,2012,2013

1 Julai 2015 -31 Disember 2015

80%

2012,2013,2014

c) Bebas daripada tindakan tatatertib dan mahkamah;

d) Telah mengisytiharkan harta;

e) Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

f) Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Insitusi Pinjaman Pendidikan; dan

g) Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

2. Syarat khusus kenaikan pangkat Ex-PPPLD:

2.1 PPP Gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 yang telah dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 atau dinaikkan pangkat ke Gred DG42;

2.2 Mengambil kira setiap genap tiga (3) tahun pengalaman di PPP sebagai satu (1) tahun pengalaman di Gred DG41/42 dengan had maksimum sembilan (9) tahun di PPP bersamaan tiga (3) tahun di PPP di Gred DG41/42;

2.3 telah berkhidmat sekurang-kurangnya lapan (8) tahun secara gabungan di PPPS dan mempunyai pengalaman PPPLD di Gred DG41 atau DG44 pada tahun berkelayakan;

2.4 Mencapai markah minimum kriteria kecemerlangan (KC) yang ditetapkan iaitu 80% bagi PPP yang layak dinaikkan pangkat mulai 01 Julai 2013 ;

2.5 Mencapai markah minimum keseluruhan (LNPT + KC) yang ditetapkan iaitu 80% bagi PPP yang layak dinaikkan pangkat mulai 01 Julai 2013; dan

2.6 Tempoh pengalaman mengajar sebagai PPP yang boleh diambil kira bagi tujuan kenaikan pangkat iaitu Sembilan (9) tahun pengalaman sebagai PPPLD bersamaan tiga (3) tahun pengalaman di PPP tertakluk kepada maksimum tiga (3) tahun masih dikekalkan dan hanya terpakai bagi PPP yang akan diperakukan ke Gred DG44 atau DG48 sahaja tertakluk kepada memenuhi syarat kenaikan pangkat, tahap prestasi dan kecemerlangan yang ditetapkan oleh LKPPP. Bagi kenaikan pangkat di Gred DG48 secara TBBK Ex-PPPLD , tempoh pengalaman Ex-PPPLD hanya terpakai bagi PPP yang belum menggunakan tempoh tersebut bagi urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Gred DG44.

3. Syarat umum dan syarat khusus bagi Guru Besar Ex-PPPLD (Laluan Khas)

3.1 Syarat-syarat umum

3.1.1 Disahkan dalam perkhidmatan di atas Gred DG41;

3.1.2 Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan LNPT tiga (3) tahun terakhir;

3.1.3 Bebas daripada tindakan tatatertib;

3.1.4 Telah mengisytihar harta;

3.1.5 Lulus tapisan keutuhan SPRM;

3.1.6 Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan

3.1.7 Diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

3.2 Syarat-syarat khusus

3.2.1 Calon adalah dahulunya seorang PPP yang menyandang jawatan Guru Besar Gred DG32/DG34/DG38 sebelum dilantik atau dinaikkan pangkat sebagai PPP Gred DG41/DG42 serta terus menyandang jawatan Guru Besar di sekolah rendah di atas Gred DG41/DG42 secara KUP; dan

3.2.2 Calon hendaklah berada di atas jawatan Guru Besar tidak kurang dari tiga (3) tahun selepas dilantik atau dinaikkan pangkat ke Gred DG41/DG42 ke skim PPP Gred DG41 dan masih terus menyandang jawatan Guru Besar di sekolah rendah semasa urusan pemangkuan dilaksanakan.

4. Bagi tujuan kenaikan pangkat ke Gred DG44 untuk kedua-dua laluan, pengalaman PPPLD pegawai telah diambilkira. Oleh itu, keistimewaan menggunakan pengalaman PPPLD tidak boleh digunakan lagi untuk tujuan kenaikan pangkat ke Gred DG48.

Urusan Pemangkuan/ Kenaikan Pangkat PPP Yang Dinaikkan Pangkat Ke Gred DG42

  • Kongsi