Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Apakah syarat pertukaran pelantikan ke Skim Pembantu Tadbir?

  • Pegawai yang memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat sijil tersebut akan ditukar lantik ke Gred N17; dan
  • Pegawai yang tidak memiliki kelayakan SPM akan ditukar lantik ke Gred N17 mengikut kelonggaran syarat seperti berikut:
  • Memiliki kelayakan PMR/SRP atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta berpengalaman sekurang-kurangnya enam (6) tahun dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah atau Operator Mesin Prosesan Data pada Tarikh kuatkuasa pertukaran pelantikan; atau
  • Tamat darjah enam (6) sekolah rendah bantuan penuh Kerajaan serta berpengalaman sekurang-kurangnya lima belas (15) tahun dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah atau Operator Mesin Prosesan Data pada Tarikh kuatkuasa pelantikan.
  • Kongsi