Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Apakah syarat untuk mendapatkan kemudahan Cuti Kursus Sambilan?

Berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7/2009, Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan pemberian Cuti Kursus Sambilan (CKS) tertakluk kepada syarat berikut:

a) Pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan;

b) Pegawai telah terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis daripada Ketua Jabatan untuk mengikuit pengajian secara jarak jauh;

c) Kursus yang diikuti adalah kursus yang telah mendapat pengiktirafan oleh MQA;

d) Kemudahan CKS hanya layak untuk dua (2) kali sepanjang tempoh perkhidmatan;

e) Bilangan CKS yang diambil perlu direkod di ruang Maklumat Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan;

f) Kemudahan yang diberikan bukan satu hak mutlak pegawai dan ianya tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan; dan

g) Kemudahan CKS (iaitu Cuti Tanpa Rekod bagi mengikuti kursus intensif sebanyak 30 hari bagi satu tahun pengajian) tidak boleh dibawa ke tahun hadapan, sekiranya pegawai tidak menggunakan kemudahan ini pada tahun semasa.

Kursus intensif meliputi modul-modul yang mewajibkan pegawai mengikutinya secara sepenuh masa seperti berikut:

  • kuliah;
  • tutorial;
  • seminar/ bengkel/ kolokium; dan
  • latihan amali/ latihan industri yang kurang daripada 30 hari.
  • Kongsi