Apakah yang dimaksudkan dengan MTP? Adakah sama dengan melangkah titik sekatan?
- MTP ialah singkatan kepada Melangkah Titik Peningkatan yang diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1991 yang bermaksud peningkatan gaji seseorang pegawai dari satu skel gaji yang lebih tinggi dalam tangga gaji yang digabungkan di dalam satu tingkatan jawatan. Di antara syarat yang diperuntukkan dalam skim perkhidmatan yang melayakkan seseorang itu dipertimbangkan untuk MTP ialah:
- Disahkan dalam perkhidmatan;
- Berkhidmat bagi suatu tempoh atau berada di matagaji tertentu yang ditetapkan oleh skim perkhidmatan yang berkenaan;
- Mencapai taraf kecemerlangan perkhidmatan/tahap kemahiran yang ditetapkan; dan
- Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan/Ketua Jabatan
Manakala melangkah sekatan kecekapan ialah peningkatan matagaji di dalam skel gaji yang sama di mana ia adalah kaedah yang membolehkan seseorang pegawai mendapat peningkatan gaji.