Apakah yang perlu dilakukan sekiranya tarikh lahir yang dicatat di dalam ruangan “maklumat peribadi” BPK tidak sama dengan tarikh lahir yang tercatat di sijil kelahiran atau kad pengenalan?
- Tarikh lahir yang perlu dicatat di BPK hendaklah tepat mengikut hari, bulan dan tahun mengikut sijil kelahiran/surat beranak. Sekiranya terdapat perbezaan, pegawai boleh mengemukakan permohonan pindaan tarikh lahir ke BPSM dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:
- Surat permohonan dari pemohon sendiri
- Surat ulasan ketua jabatan
- Penyata Perkhidmatan yang kemaskini tanpa pindaan
- Salinan Sijil Kelahiran & K/P yang diakui Sah (Jelas/terang)
- Salinan surat pengesahan JPN (sekiranya kad pengenalan mempunyai tanda “*” Asterisk)