Bagaimanakah asas pengiraan norma perjawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di sekolah?
- Perkiraan perjawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di sekolah adalah berdasarkan perjawatan dalam norma atau luar norma. Selain itu kelayakan perjawatan juga adalah berdasarkan bilangan kelas yang beroperasi dan enrolmen murid di sebuah sekolah. Perincian perkiraan norma perjawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di sekolah boleh dirujuk melalui Panduan Norma Perjawatan sekolah yang disediakan oleh Cawangan Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM.