Bagaimanakah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) boleh dilantik sebagai Pengetua Gred DG52?
Ketua Jabatan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Bahagian perlu mengenal pasti calon-calon yang memenuhi syarat, sesuai dan layak untuk diperakukan untuk dibuat penempatan sebagai PGB.
Ketua Jabatan perlu memperakukan calon-calon yang layak diperakukan sebagai PGB kepada BPSM berdasarkan maklumat jumlah kekosongan dan unjuran keperluan sama ada secara penempatan setara/hakiki atau penempatan pemangkuan.
BPSM akan menyemak dan memperakukan calon-calon yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan akan dibawa untuk pertimbangan berdasarkan kepada urusan penempatan:
- Pemangkuan – untuk kelulusan LKPPP di JPA/LKPPP No. 2 KPM; dan
- Penempatan Setara/ Hakiki – untuk kelulusan KPPM.