Bagaimanakah proses pengambilan guru baharu dilaksanakan?
- Urusan penyelarasan pengambilan guru baharu bermula di peringkat pengumpulan data graduan yang diperoleh daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Universiti Awam (UA). Penyelarasan pengambilan dan penempatan graduan pendidikan ini dilaksanakan berdasarkan kekosongan perjawatan serta keperluan opsyen. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mendapatkan maklumat keperluan opsyen daripada Sektor Operasi Pendidikan (SOP), KPM berdasarkan jumlah kekosongan jawatan semasa bagi merancang jumlah bekalan graduan yang diperlukan untuk ditempatkan ke sekolah-sekolah di bawah pentadbiran KPM.
Seterusnya, jumlah bekalan yang diperlukan akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi tujuan temu duga. di mana calon perlu memohon terlebih dahulu melalui portal www.jobsmalaysia.com untuk panggilan temu duga SPP. Calon yang berjaya dalam temu duga akan mengemas kini maklumat melalui sistem e-Graduan dan SOP yang terlibat akan menguruskan penempatan mereka.