Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Berapa tahunkah Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh diluluskan?

  • Mengikut Peraturan 30(5), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] tempoh percubaan seseorang pegawai hanya boleh dilanjutkan tidak melebihi dua belas bulan, tetapi Suruhanjaya boleh dalam hal keadaan khas melanjutkan tempoh percubaan melebihi dua belas bulan jika difikirkan patut.
  • Manakala pegawai yang gagal mendapat sokongan Ketua Jabatan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hanya melanjutkan tempoh percubaan selama dua belas bulan sahaja dan diikuti dengan penamatan, jika pegawai masih gagal untuk diberi Pengesahan Dalam Perkhidmatan.

Cuti Rehat (CRK)

  • Seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 di lantik mulai 1 Julai 1996. Pegawai dinaikkan pangkat ke Gred DG32 pada 1 Oktober 2006. Pada 1 Januari 2007, pegawai dilantik sebagai Guru Besar. Pegawai telah memilih untuk kekal diberi kemudahan Cuti Rehat Tahunan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/2002. Pada 1 Januari 2010, pegawai telah dilantik ke jawatan PPP Gred DG41 setelah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dan kekal sebagai Guru Besar di sekolah yang sama. Berapakah kelayakan Cuti Rehat pegawai setelah dilantik ke jawatan Gred DG41?

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/2015, bagi pegawai yang sedang berkhidmat dan kekal diberi kemudahan Cuti Rehat tahunan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/2002 dan dilantik ke jawatan lain yang kadar cuti rehatnya berkurangan, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Dalam hal ini, tarikh lantikan tetap pertama pegawai ialah pada 1 Julai 1996. Maka, kelayakan Cuti Rehat tahunan pegawai adalah sebanyak 35 hari setahun. Kaedah pengiraan Cuti Rehat pegawai berdasarkan Jadual 5 PP Bil. 11/2015 adalah seperti berikut:

Bil

Tarikh

Perkara

Kelayakan Cuti Rehat

Punca Kuasa

1.

1/07/1996

Dilantik ke jawatan Gred DGA29.

25 hari

PP 9/1991

2.

1/07/2006

Genap 10 tahun perkhidmatan dalam Gred DGA29.

30 hari

PP 9/1991

3.

1/10/2006

Kenaikan pangkat ke Gred DGA32.

35 hari

PP 4/2002

4.

1/01/2007

Dilantik sebagai Guru Besar.

35 hari

PP 4/2002

5.

1/01/2010 hingga 31/12/2015

Dilantik ke jawatan Gred DG41.*

Kekal sebagai Guru Besar.

25 hari

PP 14/2008

*Lantikan ke gred DG41 dikira sebagai lantikan baharu dalam penentuan kadar cuti rehat.

6.

1/01/2016 dan seterusnya

Guru Besar Gred DG41.*

*PP11/2015 menetapkan kadar cuti rehat dikira bermula dari tarikh lantikan tetap dalam perkhidmatan awam.

35 hari

PP 11/2015

  • Pada 22 November 2017, pegawai mengemukakan permohonan Cuti Rehat Khas (CRK) untuk kelulusan Ketua Jabatan selama 10 hari bagi tujuan menghadiri majlis konvokesyen anaknya di Universiti Leeds, United Kingdom yang akan berlangsung pada awal Januari 2018.
  • Kongsi