Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Berapakah tempoh maksimum kelayakan Cuti Umrah?

Perenggan 2(c) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/2017 telah menjelaskan bahawa tempoh maksimum Cuti Umrah adalah sebanyak 7 hari tetapi tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

Sekiranya pegawai memerlukan tempoh melebihi 7 hari atas sebab-sebab tertentu, maka pegawai boleh memohon untuk menggunakan kemudahan Cuti Rehat, Cuti Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji atas urusan persendirian, tertakluk pada kelayakan cuti pegawai.

  • Kongsi