Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Bilakah seseorang anggota boleh memohon bersara secara pilihan?

  • Seksyen 12, Akta Pencen 1980 (Akta 227), memperuntukkan kemudahan untuk anggota perkhidmatan awam bersara secara pilihan sekiranya berumur sekurang-kurangnya 40 tahun pada tarikh persaraan yang dipohon dan beliau mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira tidak kurang daripada 10 tahun.
  • Bagi maksud untuk menentukan mula pencen boleh dibayar kepada pesara pilihan, Seksyen 12(2) dan Seksyen 12(3) Akta 227 memperuntukkan seperti berikut:-
  • Bagi anggota yang dilantik sebelum 12 April 1991, pencen akan mula dibayar pada umur 50 tahun bagi pegawai lelaki dan 45 tahun bagi pegawai perempuan,
  • Bagi anggota yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991, pencen akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun.
  • Kongsi