Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Bolehkah pegawai memohon untuk pengecualian Program Transformasi Minda (PTM)?

  • Boleh. Pegawai sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain dikecualikan daripada menghadiri PTM selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2012 sekiranya telah memenuhi syarat berikut di skim perkhidmatan terdahulu:
  • hadir dengan jaya PTM; atau
  • hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul Umum; atau
  • lulus Peperiksaan Am Kerajaan

Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

  • Surat iringan dari Jabatan/Sekolah (berserta justifikasi kelewatan sekiranya melebihi tempoh percubaan tiga (3) tahun dari tarikh lantikan);
  • Salinan bukti kehadiran Kursus Induksi (Modul Umum)/ PTM atau slip keputusan Peperiksaan Am Kerajaan yang disahkan oleh Ketua Jabatan; dan
  • Salinan surat lantikan ke jawatan terkini pemohon.


Pemohon boleh menyemak dan memuat turun surat kelulusan pengecualian melalui capaian https://ptm.moe.gov.my/?doit=semakPengecualian .

Pemberian Taraf Berpencen (PTB)

  • Kongsi