Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Bolehkah seseorang pegawai yang telah dinaikkan pangkat dari gred DG29 ke gred DG32 dan telah dilantik ke gred DG41 memohon untuk penetapan gaji permulaan, jika gaji yang diterima dalam gred DG41 didapati kurang daripada gaji dalam jawatan gred DG32?

  • Boleh kerana ianya selaras dengan 25(7), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)2012/ P.U.(A)1/2012. Namun demikian, pindaan gaji permulaan tersebut hanya boleh dilaksanakan dengan syarat amaun gaji DG41 yang kurang itu berlaku pada tarikh dilantik tetap sebagai PPP Gred DG41. Jika kekurangan itu hanya berlaku selepas tarikh kuat kuasa lantikan sebagai PPP Gred DG41, pelarasan semula gaji tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana tiada peruntukan yang dibenarkan. Bagi tujuan pindaan semula gaji permulaan lantikan DG41, PPP yang terlibat hendaklah mengemukakan permohonan kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan selaras dengan peraturan 25(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Lantikan, Naik Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)2012 bersama-sama dokumen berikut:

(i) Salinan surat pengesahan pelantikan ke gred DG41

(ii) Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini dan disahkan oleh Ketua Jabatan

(iii) Salinan Penyata Perubahan Pendapatan Seseorang Pegawai (Kew.8-Pin.10/96) yang berkaitan dengan pelarasan gaji kenaikan pangkat ke gred DG32

(iv) Salinan surat siaran kenaikan pangkat ke gred DG32

  • Kongsi