Puan Sukumari telah menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak selepas melahirkan anak selama 200 hari (2007), 450 hari (2010) dan 650 hari (2012). Pada tahun 2015, pegawai akan melahirkan anak keempat dan bercadang menggunakan kemudahan Cuti Menjaga An…
Pegawai layak menggunakan baki kemudahan Cuti Menjaga Anak selama 525 hari (untuk kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin dan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin). Pengiraan kelayakan Cuti Menjaga Anak adalah seperti yang berikut:
1,825 hari (Jumlah kelayakan CMA)
- 200 hari (CMA yang diambil tahun 2007 – anak pertama)
- 450 hari (CMA yang diambil tahun 2010 – anak kedua)
- 650 hari (CMA yang diambil tahun 2012 – anak ketiga)
525 hari (Baki kelayakan CMA)
Sekiranya pegawai menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak tidak terikat dengan Cuti Bersalin, kelayakan maksimum terhad sehingga 365 hari daripada jumlah kelayakan keseluruhan 525 hari tersebut.