Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Sekiranya pegawai mendapat tawaran bagi mengikuti pakej ziarah dan umrah iaitu Ziarah Istanbul-Umrah Mekah, adakah pengiraan 7 hari Cuti Umrah bermula penerbangan dari Malaysia ke Istanbul atau dari Istanbul ke Mekah?

Kaedah pengiraan Cuti Umrah bermula pada hari penerbangan ke Mekah dan Madinah untuk menunaikan umrah.

Bagi kes di atas, pengiraan Cuti Umrah selama 7 hari adalah mulai 20 Februari 2018 dan seterusnya, tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

Bagi guru yang menunaikan umrah semasa dalam tempoh Cuti Penggal Persekolahan, boleh memilih untuk menggunakan Cuti Penggal Persekolahan atau menggunakan kemudahan Cuti Umrah.

  • Seorang pegawai telah berkahwin dengan seorang warganegara Singapura. Pegawai bercadang untuk berlepas ke Mekah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Cangi, Singapura bagi menunaikan ibadah umrah memandangkan keluarga isteri pegawai menetap di Singapura. Adakah pegawai layak menggunakan Cuti Umrah sekiranya pegawai tidak berlepas dari Malaysia (KLIA)?

Perkiraan 7 hari Cuti Umrah bermula dari tarikh penerbangan sebenar pegawai menunaikan ibadah umrah ke tanah suci Mekah dan ziarah di Madinah, tidak kira sama ada pegawai berlepas dari Malaysia atau tidak.

Cuti Haji

  • Seorang pegawai telah mendapat tawaran untuk menunaikan Haji selama 23 hari daripada MSD Travel & Tours Sdn. Bhd. Merujuk kepada kes ini, adakah Ketua Jabatan boleh meluluskan Cuti Haji kepada pegawai selama 23 hari berdasarkan surat tawaran ATAU pegawai diluluskan Cuti Haji Bergaji Penuh selama 40 hari sepertimana kelayakan yang diperuntukkan dalam Perintah Am 34 Bab C?

Perintah Am 34 dan 35 Bab C Tahun 1974 dan pindaannya melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/1984 telah menetapkan bahawa kelayakan Cuti Haji adalah seperti yang berikut:

  • diberi kepada pegawai Perkhidmatan Awam beragama Islam untuk menunaikan haji di Mekah;
  • Cuti Haji bergaji penuh selama 40 hari termasuk hari rehat mingguan dan hari kelepasan am;
  • Cuti Haji hanya boleh diluluskan sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan seseorang pegawai;
  • tertakluk kepada syarat bahawa pegawai itu telah disahkan dalam jawatannya; dan
  • sekiranya seseorang pegawai memerlukan tempoh lebih daripada 40 hari atas sebab-sebab tertentu, pegawai bolehlah memohon untuk menggunakan kemudahan Cuti Rehat yang berkelayakan, Cuti Tanpa Gaji atau menggunakan kemudahan Cuti Penggal bagi guru-guru sekolah.

Dalam hal ini, sebagaimana dijelaskan di perenggan 2 di atas pegawai adalah layak menggunakan Cuti Haji bergaji penuh selama 40 hari dan boleh menggunakan kemudahan Cuti Haji sebelum tarikh yang dijadualkan berangkat ke Mekah dan sebahagian baki selepas pulang ke tanahair tertakluk kepada maksimum 40 hari. Namun begitu, permohonan pegawai untuk menggunakan Cuti Haji selama 23 hari ini tidak bertentangan dengan prinsip pemberi Cuti Haji sepertimana yang dinyatakan di atas.

Pegawai Bertukar Wilayah

Pegawai Bertukar Wilayah

  • Kongsi