Seorang pegawai telah menerima perakuan doktor bahawa anaknya menghidap HFMD bagi tempoh 9/01/2017 hingga 12/01/2017 (4 hari). Berapakah tempoh kelayakan Kemudahan Cuti Kuarantin yang layak?
Pegawai boleh menggunakan Kemudahan Cuti Kuarantin terhad kepada 4 hari sahaja sepanjang tempoh perakuan tersebut, walaupun kelayakan 5 hari. Baki 1 hari tidak boleh dibawah ke hadapan.
- Encik Amran telah menggunakan Kemudahan Cuti Kuarantin kerana anak sulungnya yang sakit pada 9/01/2017 hingga 13/01/2017 (5 hari). Namun begitu, anak beliau sekali lagi telah dijangkiti penyakit yang sama dan diberi tempoh perakuan bermula 2/02/2017 hingga 10/02/2017.
Encik Amran layak mendapat kemudahan Cuti Kuarantin terhad kepada maksimum 5 hari sahaja sepanjang tempoh perakuan bagi kes 2/02/2017 hingga 10/02/2017 tersebut, tidak termasuk hari rehat, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
- Puan Lok Yee telah menggunakan kemudahan Cuti Kuarantin kerana anak sulungnya yang sakit pada 9/01/2017 hingga 13/01/2017 (5 hari). Selepas itu, anak keduanya pula dijangkiti penyakit yang sama dan diberi tempoh perakuan bermula 13/01/2017 hingga 20/01/2017 (8 hari).
Puan Lok Yee layak mendapat Cuti Kuarantin untuk anak keduanya selepas tamat tempoh Cuti Kuarantin anak sulungnya pada 13/01/2017. Jika pegawai ingin menggunakan Cuti Kuarantin untuk anak kedua bermula 13/01/2017, maka Cuti Kuarantin anak sulungnya perlu dipendekkan kepada 12/01/2017.
- Puan Mariam telah memohon kemudahan Cuti Kuarantin untuk menjaga anaknya yang dijangkiti penyakit demam denggi. Puan Mariam perlu menjaga anaknya yang berusia 23 tahun kerana anaknya mengalami hilang upaya kekal berikutan kemalangan jalan raya pada usia anaknya 22 tahun. Adakah pegawai layak menggunakan kemudahan ini?
Syarat anak yang dikuarantin adalah berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21 tahun. Dengan tidak mengira usia anak tersebut, sekiranya cacat otak dari segi jasmani dan secara kekal serta tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, dengan syarat kesemua perkara tersebut berlaku ketika usia anak itu di bawah 21 tahun.
Pegawai tidak layak kemudahan Cuti Kuarantin kerana anaknya mengalami hilang upaya kekal selepas berusia 21 tahun.