Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Terdapat pelbagai sistem online yang digunapakai dalam operasi KPM. Boleh terangkan tentang sistem e-Graduan?

  • Sistem e-Graduan dibangunkan sebagai penambahbaikan dalam urusan pengambilan dan penempatan guru baharu. e-Graduan merupakan modul baharu bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), KPM di bawah Pengurusan Guru. Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM. Modul ini melibatkan proses pengambilan dan penempatan guru baharu yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu graduan dan pentadbir sistem.

Sistem ini merupakan aplikasi yang dibangunkan bagi memberi peluang kepada graduan Pendidikan untuk mengemaskini maklumat peribadi terkini untuk memudahkan pelaksanaan urusan penempatan bagi graduan yang telah lulus temu duga.

Pelantikan Guru

  • Kongsi