Saya ingin membuat penyelesaian baki pinjaman saya secara bayaran penuh ( full settlement ). Bagaimana sekiranya saya berhasrat mendapatkan penyata baki pinjaman saya?
Permohonan boleh dibuat melalui e-mel Cawangan Penguatkuasaan Perjanjian iaitu penguatkuasaan@moe.gov.my atau melalui talian 03-8321 7100/03–8321 7112/03–8321 7111 dengan mengemukakan maklumat seperti berikut:
a. Nama Penuh (seperti yang tertera di kad pengenalan);
b. Nombor Kad Pengenalan;
c. Nombor Telefon Bimbit; dan
d. Alamat Terkini Surat-Menyurat.