Skip to content

Official portal of the Ministry of Education Malaysia

Saya telah selesai membuat bayaran balik pinjaman dan mendapati terdapat lebihan bayaran dalam semakan penyata. Bagaimanakah saya hendak menuntut kembali lebihan bayaran tersebut?

Tuntutan lebihan bayaran balik Pinjaman Pelajaran KPM boleh dilakukan dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:

a. Melengkapkan Borang Tuntutan Lebihan Bayaran Balik Pinjaman (Mohon hubungi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan di talian 03 – 8321 7111);

b. Salinan kad pengenalan;

c. Salinan penyata maklumat akaun bank; dan

d. Salinan slip gaji bagi bulan terakhir dengan potongan dan bulan berikutnya tanpa potongan (bagi pemohon yang membuat bayaran melalui potongan gaji).

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:

Setiausaha Bahagian
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251
Jalan Usahawan 1, Cyberjaya
63000, Selangor

(u.p.: Cawangan Penguatkuasaan Perjanjian)

e-mel : penguatkuasaan@moe.gov.my

  • Share