Saya telah selesai membuat bayaran balik Pinjaman Pelajaran KPM, bagaimanakah cara untuk mendapatkan surat selesai bayar?
Peminjam boleh membuat permohonan melalui e-mel Cawangan Penguatkuasaan Perjanjian iaitu penguatkuasaan@moe.gov.my dengan mengemukakan maklumat seperti berikut:
a. Nama Penuh (seperti yang tertera di kad pengenalan);
b. Nombor Kad Pengenalan;
c. Nombor Telefon Bimbit;
d. Alamat Terkini Surat-Menyurat; dan
e. Maklumat Penjamin (sekiranya ada).