Siapakah yang layak untuk memohon pengurangan bayaran balik Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan bagaimanakah caranya?
PBU hanya diberikan kepada peminjam bagi peminjam yang layak dan memenuhi syarat-syarat pengurangan bayaran balik PBU iaitu:
- Mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.75 dan ke atas;
- Menamatkan pengajian dalam tempoh masa yang ditetapkan (tanpa pelanjutan);
- Bergraduat dalam bidang seperti yang ditawarkan;
- Menerima pinjaman sekurang-kurangnya enam (6) semester;
- Tiada tindakan tatatertib dikenakan sama ada oleh pihak universiti atau KPM; dan
- Mengemukakan permohonan PBU dalam tempoh tiga (3) tahun dari tarikh Notis Bayaran Penuh (NBP).
Peminjam yang ingin memohon PBU wajib mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:
- Borang A/PP: Borang Pengemaskinian Maklumat (Mohon hubungi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan di talian 03 – 8321 7100/03-8321 7095);
- Salinan surat tawaran pinjaman KPM;
- Salinan ijazah; dan
- Salinan transkrip penuh (Lengkap dengan muka surat 1 dan 2).
Nota: Semua salinan dokumen disahkan oleh Pegawai Gred 41 dan ke atas.