Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Siapakah yang layak untuk memohon pengurangan bayaran balik Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan bagaimanakah caranya?

PBU hanya diberikan kepada peminjam bagi peminjam yang layak dan memenuhi syarat-syarat pengurangan bayaran balik PBU iaitu:

  • Mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.75 dan ke atas;
  • Menamatkan pengajian dalam tempoh masa yang ditetapkan (tanpa pelanjutan);
  • Bergraduat dalam bidang seperti yang ditawarkan;
  • Menerima pinjaman sekurang-kurangnya enam (6) semester;
  • Tiada tindakan tatatertib dikenakan sama ada oleh pihak universiti atau KPM; dan
  • Mengemukakan permohonan PBU dalam tempoh tiga (3) tahun dari tarikh Notis Bayaran Penuh (NBP).

Peminjam yang ingin memohon PBU wajib mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:

  • Borang A/PP: Borang Pengemaskinian Maklumat (Mohon hubungi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan di talian 03 – 8321 7100/03-8321 7095);
  • Salinan surat tawaran pinjaman KPM;
  • Salinan ijazah; dan
  • Salinan transkrip penuh (Lengkap dengan muka surat 1 dan 2).

Nota: Semua salinan dokumen disahkan oleh Pegawai Gred 41 dan ke atas.

  • Kongsi