Siapakah yang layak untuk memohon penangguhan bayaran balik Pinjaman Pelajaran KPM dan bagaimanakah caranya?
Penangguhan bayaran balik pinjaman akan dipertimbangkan berdasarkan semakan terhadap komitmen kewangan dan pendapatan bulanan peminjam. Peminjam wajib mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:
a. Permohonan secara bertulis menerusi surat / e-mel Rayuan; dan
b. Salinan slip gaji yang telah disahkan oleh majikan jika bekerja; atau
c. Melengkapkan Borang Pengakuan Pendapatan Peminjam yang disahkan oleh Ketua Kampung / JKKK atau Penghulu jika tidak bekerja.