Adakah seorang pegawai awam boleh mendapatkan rawatan sakit barah di hospital/ klinik swasta?
Pegawai boleh mendapatkan rawatan barahnya di hospital/ klinik swasta sepenuhnya tetapi hendaklah mendapatkan kebenaran berubat di yayasan bukan kerajaan daripada Kuasa Tertentu (BPSM, KPM) terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, apabila pegawai mendapat kelulusan berubat di yayasan bukan kerajaan, pegawai layak dipertimbangkan kemudahan Cuti Barah Bergaji Penuh selama 720 hari tetapi dengan syarat segala perbelanjaan rawatan perubatan barah tidak ditanggung oleh kerajaan.
3. Sekiranya seorang pegawai didiagnos dan disahkan menghidap kanser payu dara mulai Disember 2012 dan diluluskan Cuti Barah Bergaji Penuh selama 520 hari oleh Ketua Jabatan. Walau bagaimanapun pada Jun 2014, pegawai tersebut didiagnos dan disahkan menghidap kanser rahim tahap 2. Dalam kes ini, adakah pegawai layak mendapat kemudahan Cuti Barah Bergaji Penuh tambahan sebanyak 720 hari bagi penyakit kanser rahim?
Berdasarkan peruntukan Perintah Am Bab C 31 menjelaskan bahawa kemudahan Cuti Barah Bergaji Penuh selama 720 hari bagi penyakit barah dan kusta atau yang setaraf dengannya. Ini bermakna kelayakan Cuti Barah Bergaji Penuh selama 720 hari meliputi kedua-dua jenis barah yang dihidapi pegawai.
CUTI GANTIAN
1. Seorang pegawai tidak hadir bertugas pada 14 Oktober 2013 dan kelayakan Cuti Rehat pada tahun berkenaan telah habis digunakan. Ketua Jabatan mengarahkan pegawai untuk menjalankan tugas lebih masa mulai 17 hingga 20 Oktober 2013. Berdasarkan pengesahan penyelia, jumlah masa terkumpul bertugas lebih masa adalah melebihi 9 jam yang melayakkan pegawai dipertimbangkan 1 hari Cuti Gantian. Dalam kes ini, adakah Cuti Gantian selama 1 hari boleh diambil bagi menggantikan tempoh ketidakhadiran pegawai pada 14 Oktober 2013 walaupun jumlah masa terkumpul adalah bermula pada 17 Oktober 2013?
Berdasarkan Perintah Am 40 Bab C 1974 menjelaskan bahawa Cuti Gantian layak dipertimbangkan kepada adalah pegawai yang diarahkan menjalankan tugas lebih masa pada hari bekerja biasa, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan tetapi tidak berkelayakan mendapatkan bayaran lebih masa atau sebarang bayaran khas, layak diberi Cuti Gantian mengikut syarat yang ditetapkan dan diluluskan oleh Ketua Jabatan.
Cuti Gantian boleh diluluskan sama banyak dengan masa yang dipanggil bertugas lebih masa tersebut. Satu hari Cuti Gantian bersamaan 9 jam kerja-kerja lebih masa dan jumlah jam kerja lebih masa yang boleh dikumpulkan bagi tujuan Cuti Gantian adalah dalam tempoh 2 bulan sahaja dan boleh digunakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kelulusan kerja lebih masa yang diberikan oleh Ketua Jabatan sebagaimana yang dijelaskan dalam perenggan 5.2, SPP 1/1980, PP 9/1991 dan PP 4/2002.
Oleh yang demikian, Cuti Gantian kepada pegawai tidak boleh dikebelakangkan tarikhnya sebagaimana dijelaskan di perenggan 2 di atas.
CUTI SAKIT