Adakah seorang pegawai boleh dipertimbangkan kemudahan Cuti Barah Bergaji Penuh selama 720 hari sekaligus oleh Ketua Jabatan?
Tidak. Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan kelulusan Cuti Barah Bergaji Penuh kepada pegawai yang telah didiagnos mengidap kanser oleh pakar kanser. Pegawai diberi sijil sakit barah bermula dari tarikh pengesahan diagnos kanser tersebut.
Tempoh kelulusan Cuti Barah Bergaji Penuh adalah berdasarkan tempoh cuti barah yang dinyatakan dalam sijil sakit barah yang dikeluarkan oleh pakar barah kepada pegawai.