Adakah seseorang yang menduduki Rumah Kerajaan layak menerima Imbuhan Tetap Perumahan?
Berdasarkan PP 8/2015, Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan termasuk perkhidmatan Bomba dan perkhidmatan Penjara yang menduduki Rumah Biasa Kerajaan (kuarters) layak menerima Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) pada kadar 25% daripada kadar ITP pegawai. Pegawai yang diperuntukkan Rumah Biasa Kerajaan di Labuan layak menerima 50% daripada kadar ITP pegawai.
PENANGGUNGAN KERJA
1. Bolehkah kekosongan jawatan Pembantu Tadbir Rendah yang diduduki oleh penyandang (P/O) N17(KUP) ditanggung kerja
Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah (PTR) telah dimansuhkan melalui PP 6/2009. Sehubungan dengan itu, jawatan PTR (jumud) yang kosong tidak boleh dilaksanakan secara penanggungan kerja selepas tarikh berkuat kuasanya pekeliling tersebut iaitu 2 Julai 2009.