Bolehkah pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan diarah menanggung kerja. Bolehkah diberi pengecualian jika tidak ada pegawai lain yang layak?
Tidak Boleh. Dibawah Perenggan 6.2 PP 17/2007, pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan boleh diperakukan penanggungan kerja dengan syarat pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun. Pengecualian tidak boleh diberi walaupun tiada pegawai lain yang layak. Perakuan boleh dibuat kepada pegawai yang berada dalam organisasi di lokasi berlainan tetapi dalam lingkungan 25km dengan mengambil kira keperluan dan keberkesanan tugas secara tanggung kerja.