Skip to content

Official portal of the Ministry of Education Malaysia

Bagaimana sekiranya anak tersebut mengalami hilang upaya kekal selepas berusia 21 tahun?

  • Syarat anak yang dikuarantin adalah berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21 tahun; dan
  • Dengan tidak mengira usia anak tersebut, sekiranya cacat otak dari segi jasmani dan secara kekal serta tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, dengan syarat kesemua perkara tersebut berlaku ketika usia anak itu di bawah 21 tahun.

Contoh: Pegawai E mempunyai seorang anak yang berusia 23 tahun yang mengalami hilang upaya kekal kerana mengalami kemalangan jalan raya pada usia anak tersebut 22 tahun. Sehubungan dengan itu, sekiranya anak tersebut menghidap penyakit berjangkit seperti senarai penyakit di Lampiran A PP Bil. 11/2016, pegawai E tidak layak mendapat kemudahan Cuti Kuarantin kerana anaknya mengalami hilang upaya kekal selepas berusia 21 tahun.

  • Share