Skip to content

Official portal of the Ministry of Education Malaysia

Apakah yang dimaksudkan dengan penggunaan Cuti Kuarantin pada bila-bila masa?

Pegawai boleh menggunakan kemudahan Cuti Kuarantin pada bila-bila masa dalam tempoh perakuan yang diberikan oleh pegawai perubatan Kerajaan atau swasta.

Contoh 1: Tempoh perakuan bermula 2 Februari 2017 sehingga 10 Februari 2017 (9 hari, temasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am). Pegawai hanya bercadang menggunakan kemudahan Cuti Kuarantin bermula 6 Februari 2017 sehingga 10 Februari 2017 (4 hari) sahaja kerana 9 Februari 2017 merupakan hari kelepasan am (Hari Thaipusam). Sehubungan dengan itu, kemudahan Cuti Kuarantin pegawai hanya diluluskan sebanyak empat (4) hari sahaja dan baki satu (1) hari tidak boleh di bawa ke hadapan bagi kes kuarantin yang lain.

Contoh 2: Tempoh perakuan bermula 2 Februari 2017 sehingga 13 Februari 2017 (12 hari, temasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am). Pegawai hanya bercadang menggunakan kemudahan Cuti Kuarantin bermula 6 Februari 2017 sehingga 13 Februari 2017 (5 hari) sahaja kerana 9 Februari 2017 merupakan hari kelepasan am (Hari Thaipusam), 11 Februari 2017 dan 12 Februari 2017 merupakan hari rehat mingguan dan hari kelepasan mingguan. Sehubungan dengan itu, kemudahan Cuti Kuarantin pegawai hanya diluluskan sebanyak lima (5) hari sahaja.

  • Share