Berapakah tempoh kelayakan Kemudahan Cuti Kuarantin?
- Tempoh yang diluluskan adalah terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi setiap kes walaupun tempoh perakuan untuk sesuatu kes tersebut adalah melebih lima (5) hari, tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasaan am.
Contoh 1: Tempoh perakuan bermula 9 Januari 2017 hingga 20 Januari 2017 (12 hari, termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am).
Pegawai boleh menggunakan Kemudahan Cuti Kuarantin terhad kepada maksimum lima (5) hari sahaja sepanjang tempoh perakuan bagi satu kes kuarantin, tidak temasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. Dalam kes ini, pegawai boleh memohon Cuti Kuarantin mulai 9 Januari 2017 atau pada bila-bila masa dalam tempoh 9 Januari 2017 hingga 2017, dan tidak semestinya digunakan lima (5) hari secara berturut-turut.
Contoh 2: Tempoh perakuan bermula 9 Januari 2017 hingga 12 Januari 2017 (4 hari). Pegawai boleh menggunakan Kemudahan Cuti Kuarantin terhad kepada empat (4) hari sahaja sepanjang tempoh perakuan tersebut, walaupun kelayakan lima (5) hari.
Contoh 3: Tempoh perakuan bermula 9 Januari 2017 hingga 13 Januari 2017 (5 hari). Pegawai hanya bercadang menggunakan kemudahan Cuti Kuarantin selama empat (4) hari sahaja demi kepentingan perkhidmatan walaupun kelayakan lima (5) hari. Oleh yang demikian, baki satu (1) hari tersebut tidak boleh di bawa ke hadapan bagi kes kuarantin yang lain.
- Sekiranya anak yang sama/ lain dijangkiti penyakit berulang atau penyakit lain yang tersenarai di Lampiran A PP Bil. 11/2016, pegawai berkelayakan mendapat Kemudahan Cuti Kuarantin berdasarkan tempoh perakuan yang dinyatakan.
Contoh 1: Pegawai A telah menggunakan Kemudahan Cuti Kuarantin kerana anak sulungnya yang sakit pada 9 Januari 2017 sehingga 13 Januari 2017 (5 hari). Namun begitu, anak beliau sekali lagi telah dijangkiti penyakit yang sama dan diberi tempoh perakuan bermula 2 Februari 2017 sehingga 10 Februari 2017.
Pegawai A layak mendapat Cuti Kuarantin terhad kepada maksimum lima (5) hari sahaja sepanjang tempoh perakuan bagi kes 2 Februari 2017 sehingga 10 Februari 2017 tersebut, tidak termasuk hari rehat, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
Contoh 2: Pegawai B telah menggunakan kemudahan Cuti Kuarantin kerana anak sulungnya yang sakit pada 9 Januari 2017 sehingga 13 Januari 2017 (5 hari). Selepas itu, anak keduanya pula dijangkiti penyakit yang sama dan diberi tempoh perakuan bermula 13 Januari 2017 sehingga 20 Januari 2017 (8 hari).
Pegawai B layak mendapat Cuti Kuarantin untuk anak keduanya selepas tamat tempoh Cuti Kuarantin anak sulungnya pada 13 Januari 2017. Jika pegawai ingin menggunakan Cuti Kuarantin untuk anak kedua bermula 13 Januari 2017, maka Cuti Kuarantin anak sulungnya perlu dipendekkan kepada 12 Januari 2017.
- Sekiranya suami/ isteri merupakan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, kedua-dua pegawai suami/ isteri layak mendapat kemudahan Cuti Kuarantin maksimum lima (5) hari dan boleh digunakan secara serentak atau secara berasingan terhad selama tempoh perakuan yang dikeluarkan mengikut mana yang lebih rendah.
Contoh: Pegawai C dan pegawai D kedua-duanya merupakan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. Mereka adalah suami dan isteri. Anak sulung mereka telah dijangkiti penyakit yang tersenarai di Lampiran A PP Bil. 11/2016 dan diberi tempoh perakuan kuarantin bermula 9 Januari 2017 sehingga 20 Januari 2017 (12 hari, termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am). Sehubungan dengan itu, pegawai C dan pegawai D boleh menggunakan kemudahan Cuti Kuarantin maksimum lima (5) hari secara serentak atau secara berasingan.