Adakah Cuti Rehat Khas (CRK) yang tidak dapat dihabiskan boleh di bawa ke tahun berikutnya?
Tidak. Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8/2017, Cuti Rehat Khas adalah untuk kegunaan dalam tahun semasa sahaja. Baki Cuti Rehat Khas yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya dan boleh dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) mengikut ketetapan pekeliling GCR yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.