Skip to content

Official portal of the Ministry of Education Malaysia

Apakah syarat-syarat yang perlu ada bagi urusan kenaikan pangkat AKP secara Time-Based?

  • Syarat umum kenaikan pangkat PKP secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan adalah seperti berikut:
  • telah disahkan dalam perkhidmatan;
  • diperaku oleh Ketua Jabatan;
  • mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang berkuatkuasa;
  • bebas daripada sebarang hukuman tatatertib;
  • lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) – Ketua Jabatan adalah dipohon untuk memastikan maklumat peribadi calon lengkap diisi dalam sistem ePangkat;
  • bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam pendidikan tegar dari institusi pinjaman pendidikan; dan
  • mencapai tahap prestasi dan penilaian kecemerlangan yang ditetapkan seperti jadual di bawah:

Kenaikan Pangkat

Kumpulan

Gred

LNPT

Penilaian Kecemerlangan

Time-Based Kali Pertama (TBK1)

Berkhidmat lebih 13 tahun sebelum 1 Julai 2013

19-40

78%

Dikecualikan

Berkhidmat lebih 13 tahun sebelum 1 Julai 2013

1-16

75%

Dikecualikan

Berkhidmat genap 13 tahun pada 1 Julai 2013 dan seterusnya (Jika masih mengguna pakai LNPT tahun 2012 atau sebelum sebagai tahun terkini)

19-40

78%

Perlu penilaian kecemerlangan di tahap BAIK/ CEMERLANG

Berkhidmat genap 13 tahun pada 1 Julai 2013 dan seterusnya (Jika masih mengguna pakai LNPT tahun 2012 atau sebelum sebagai tahun terkini)

1-16

75%

Perlu penilaian kecemerlangan di tahap BAIK/ CEMERLANG

Berkhidmat genap 13 tahun pada 1 Julai 2013 dan seterusnya (Mengguna pakai LNPT tahun 2013 dan seterusnya sebagai tahun terkini)

1-40

80%

Perlu penilaian kecemerlangan di tahap BAIK/CEMERLANG

Time-Based Kali Kedua (TBK2)

Berkhidmat 13 tahun atau lebih di lapisan pertama gred kenaikan pangkat pada atau selepas 1 Januari 2018

14-36

80%

Perlu penilaian kecemerlangan di tahap BAIK/CEMERLANG

Syarat khusus kenaikan pangkat PKP :

secara TBK1 ialah pegawai telah berkhidmat genap 13 tahun pada atau selepas 1 Julai 2013 di gred lantikan dan memperoleh penilaian kecemerlangan di tahap baik atau cemerlang (markah 6 hingga 9); dan

secara TBK2 ialah pegawai telah berkhidmat 13 tahun atau lebih di lapisan pertama gred kenaikan pangkat pada atau selepas 1 Januari 2018 dan memperoleh penilaian kecemerlangan di tahap baik atau cemerlang (markah 10 hingga 15)

HRMIS

  • Share