Apakah syarat-syarat yang perlu ada bagi urusan kenaikan pangkat AKP secara Time-Based?
- Syarat umum kenaikan pangkat PKP secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan adalah seperti berikut:
- telah disahkan dalam perkhidmatan;
- diperaku oleh Ketua Jabatan;
- mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang berkuatkuasa;
- bebas daripada sebarang hukuman tatatertib;
- lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) – Ketua Jabatan adalah dipohon untuk memastikan maklumat peribadi calon lengkap diisi dalam sistem ePangkat;
- bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam pendidikan tegar dari institusi pinjaman pendidikan; dan
- mencapai tahap prestasi dan penilaian kecemerlangan yang ditetapkan seperti jadual di bawah:
Kenaikan Pangkat
Kumpulan
Gred
LNPT
Penilaian Kecemerlangan
Time-Based Kali Pertama (TBK1)
Berkhidmat lebih 13 tahun sebelum 1 Julai 2013
19-40
78%
Dikecualikan
Berkhidmat lebih 13 tahun sebelum 1 Julai 2013
1-16
75%
Dikecualikan
Berkhidmat genap 13 tahun pada 1 Julai 2013 dan seterusnya (Jika masih mengguna pakai LNPT tahun 2012 atau sebelum sebagai tahun terkini)
19-40
78%
Perlu penilaian kecemerlangan di tahap BAIK/ CEMERLANG
Berkhidmat genap 13 tahun pada 1 Julai 2013 dan seterusnya (Jika masih mengguna pakai LNPT tahun 2012 atau sebelum sebagai tahun terkini)
1-16
75%
Perlu penilaian kecemerlangan di tahap BAIK/ CEMERLANG
Berkhidmat genap 13 tahun pada 1 Julai 2013 dan seterusnya (Mengguna pakai LNPT tahun 2013 dan seterusnya sebagai tahun terkini)
1-40
80%
Perlu penilaian kecemerlangan di tahap BAIK/CEMERLANG
Time-Based Kali Kedua (TBK2)
Berkhidmat 13 tahun atau lebih di lapisan pertama gred kenaikan pangkat pada atau selepas 1 Januari 2018
14-36
80%
Perlu penilaian kecemerlangan di tahap BAIK/CEMERLANG
Syarat khusus kenaikan pangkat PKP :
secara TBK1 ialah pegawai telah berkhidmat genap 13 tahun pada atau selepas 1 Julai 2013 di gred lantikan dan memperoleh penilaian kecemerlangan di tahap baik atau cemerlang (markah 6 hingga 9); dan
secara TBK2 ialah pegawai telah berkhidmat 13 tahun atau lebih di lapisan pertama gred kenaikan pangkat pada atau selepas 1 Januari 2018 dan memperoleh penilaian kecemerlangan di tahap baik atau cemerlang (markah 10 hingga 15)
HRMIS