Skip to content

Official portal of the Ministry of Education Malaysia

Encik Anas telah mendapat tawaran untuk menunaikan umrah daripada Tabung Haji selama 14 hari iaitu mulai 15 Februari 2018 hingga 28 Februari 2018. Bagaimanakah kaedah pengiraan Cuti Umrah bagi pegawai tersebut?

Berdasarkan Perenggan 2(e) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/2017, kaedah pengiraan Cuti Umrah adalah bermula dari tarikh penerbangan sebenar menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan ziarah di Madinah. Sekiranya tarikh penerbangan bermula pada hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am, maka perkiraan 7 hari akan bermula pada hari bekerja berikutnya. Pengiraan Cuti Umrah bagi pegawai adalah seperti berikut:

Bil

Tarikh/ Hari

Status

1.

15 Februari 2018 (Khamis)

Cuti Umrah (1)

2.

16 Februari 2018 (Jumaat)-Tahun Baru Cina

Hari Kelepasan Am

3.

17 Februari 2018 (Sabtu)- Tahun Baru Cina

Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am

4.

18 Februari 2018 (Ahad)

Hari Kelepasan Mingguan

5.

19 Februari 2018 (Isnin)

Cuti Umrah (2)

6.

20 Februari 2018 (Selasa)

Cuti Umrah (3)

7.

21 Februari 2018 (Rabu)

Cuti Umrah (4)

8.

22 Februari 2018 (Khamis)

Cuti Umrah (5)

9.

23 Februari 2018 (Jumaat)

Cuti Umrah (6)

10.

24 Februari 2018 (Sabtu)

Hari Rehat Mingguan

11.

25 Februari 2018 (Ahad)

Hari Kelepasan Mingguan

12.

26 Februari 2018 (Isnin)

Cuti Umrah (7)

13.

27 Februari 2018 (Selasa)

CRK/ CRT/ CTG Bab C

14.

28 Februari 2018 (Rabu)

CRK/ CRT/ CTG Bab C

  • Share