Skip to content

Official portal of the Ministry of Education Malaysia

Sekiranya seorang pegawai telah menghabiskan cuti barah bergaji penuh 730 hari diikuti cuti barah separuh gaji 365 hari. Apakah kelayakan seterusnya dalam keadaan di mana Ketua Jabatan telah menghantar permohonan penubuhan Lembaga Perubatan ?

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9/1991, tiada apa-apa cuti yang boleh diberi lagi melainkan atas budi bicara Kuasa Tertentu, setelah meneliti laporan Lembaga Perubatan. Sekiranya pegawai disahkan oleh Lembaga Perubatan ada harapan untuk sembuh, hanya cuti tambahan sama ada bergaji penuh atau separuh gaji boleh dipetimbangkan atau pegawai itu dibersarakan daripada perkhidmatan.

Cuti Gantian

  • Seorang pegawai tidak hadir bertugas pada 14 Oktober 2013 dan kelayakan Cuti Rehat pada tahun berkenaan telah habis digunakan. Ketua Jabatan mengarahkan pegawai untuk menjalankan tugas lebih masa mulai 17 hingga 20 Oktober 2013. Berdasarkan pengesahan Penyelia, jumlah masa terkumpul bertugas lebih masa adalah melebihi 9 jam yang melayakkan pegawai dipertimbangkan 1 hari Cuti Gantian. Dalam kes ini, adakah Cuti Gantian selama 1 hari boleh diambil bagi menggantikan tempoh ketidakhadiran pegawai pada 14 Oktober 2013 walaupun jumlah masa terkumpul adalah bermula pada 17 Oktober 2013?

Berdasarkan Perintah Am 40 Bab C 1974, pegawai yang diarahkan menjalankan tugas lebih masa pada hari bekerja biasa, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan tetapi tidak berkelayakan mendapat bayaran lebih masa atau sebarang bayaran khas layak diberi Cuti Gantian mengikut syarat yang ditetapkan dan diluluskan oleh Ketua Jabatan.

Cuti Gantian boleh diluluskan sama banyak dengan masa yang dipanggil bertugas lebih masa tersebut. Satu hari Cuti Gantian bersamaan 9 jam kerja-kerja lebih masa dan jumlah jam kerja lebih masa yang boleh dikumpulkan bagi tujuan Cuti Gantian adalah dalam tempoh 2 bulan sahaja dan boleh digunakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kelulusan kerja lebih masa yang diberikan oleh Ketua Jabatan sebagaimana yang dijelaskan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/1980, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9/1991 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/2002.

Dalam hal ini, Cuti Gantian kepada pegawai tidak boleh dikebelakangkan tarikhnya bagi tujuan menggantikan ketidakhadiran pegawai pada 14 Oktober 2013.

Cuti Sakit

  • Share