Skip to content

Official portal of the Ministry of Education Malaysia

Seorang pegawai telah jatuh sakit semasa bercuti rehat di Singapura. Beliau telah menerima rawatan di klinik swasta dan diberikan cuti sakit selama 2 hari. Bolehkan sijil sakit tersebut diterima?

Berdasarkan Surat Edaran JPA rujukan JPA(S)223/8/3 Klt.15 (9) bertarikh 21 Oktober 2010 - Penambahbaikan Dasar Mengenai Penerimaan Sijil Sakit Yang Dikeluarkan Oleh Hospital/ Klinik Di Singapura menjelaskan bahawa:

Ketua Jabatan boleh menerima sijil sakit yang dikeluarkan oleh klinik/ hospital di Singapura bagi tujuan meluluskan kemudahan Cuti Sakit kepada pegawai tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

pegawai telah mendapatkan kelulusan ke luar negara dari Ketua Jabatan bagi apa-apa tujuan sekalipun;

bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di klinik/ hospital di Singapura, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima terhad bagi tempoh jumlah tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun kalendar. Jumlah 15 hari ini adalah termasuk jumlah penerimaan sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta di dalam negara tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan sepertimana yang dijelaskan dalam PP 2/2006;

bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalam di klinik/ hospital di Singapura, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima terhad bagi tempoh tidak melebihi 90 hari dalam sesuatu tahun kalendar; dan

bagi pegawai yang berkhidmat disempadan Malaysia-Singapura yang mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di klinik/ hospital di negara berkenaan, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima tertakluk kepada peraturan di perenggan (b) di atas.

Cuti Kursus Sambilan Bagi Pegawai Mengikuti Pengajian Secara Jarak Jauh/ Secara Sambilan

  • Share