Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Adakah kelayakan Cuti Rehat Khas (CRK) sebanyak 7 hari boleh dihabiskan/ digunakan sekaligus pada awal tahun?

Berdasarkan peruntukan Perenggan 4(d)(i), PP 3/2005, kaedah pengambilan CRK adalah berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan yang melayakkan bagi satu tahun kalendar dan secara pro-rata (proportionate).

Walau bagaimanapun, berdasarkan SPP KPM 1/2015- Pelaksanaan Pemberian Cuti Rehat Khas Berdasarkan PP 3/2005 berkuatkuasa mulai 19 Mac 2015 menjelaskan berhubung pelaksanaan terkini pemberian kelulusan CRK seperti berikut :

Ketua Jabatan dalam keadaan tertentu boleh memberi kelulusan CRK melebihi bilangan yang dilayaki tanpa terikat dengan tempoh perkhidmatan yang melayakkan terhad untuk tujuan-tujuan berikut:

  • Menziarahi ‘ahli keluarga’ dan ‘ahli keluarga rapat’ yang sakit tenat atau meninggal dunia;
  • Menziarahi upacara keagamaan yang dianuti oleh pegawai;
  • Dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan sebagainya;
  • Majlis konvokesyen bagi pegawai atau ‘ahli keluarga’;
  • Mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (di dalam atau di luar negara);
  • Menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi;
  • Menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus; dan
  • Perkahwinan pegawai atau anak pegawai.

Tempoh CRK yang telah diambil secara pendahuluan mengikut tujuan-tujuan di atas hendaklah dipulangkan dalam bentuk pemotongan emolumen pegawai sekiranya berlaku keadaan di mana pegawai tidak genap berkhidmat dalam satu tahun kelendar atas sebab cuti tanpa gaji, cuti separuh gaji, cuti belajar, cuti haji, cuti sakit tibi, kusta dan barah, pegawai meninggal dunia dalam perkhidmatan atau ditamatkan perkhidmatan.

  • Kongsi