Berapa tahunkah Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh diluluskan?
Mengikut Peraturan 30(5), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] tempoh percubaan seseorang pegawai hanya boleh dilanjutkan tidak melebihi dua belas bulan, tetapi Suruhanjaya boleh dalam hal keadaan khas melanjutkan tempoh percubaan melebihi dua belas bulan jika difikirkan patut.
Manakala pegawai yang gagal mendapat sokongan Ketua Jabatan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hanya melanjutkan tempoh percubaan selama dua belas bulan sahaja dan diikuti dengan penamatan, jika pegawai masih gagal untuk diberi Pengesahan Dalam Perkhidmatan.
CUTI REHAT (CRK)
1. Seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 di lantik mulai 1 Julai 1996. Pegawai dinaikkan pangkat ke Gred DG32 pada 1 Oktober 2006. Pada 1 Januari 2007, pegawai dilantik sebagai Guru Besar. Pegawai telah memilih untuk kekal diberi kemudahan Cuti Rehat tahunan menut PP 4/2002 atau PP 20/2008. Pada 1 Januari 2010, pegawai telah dilantik ke jawatan PPP Gred DG41 setelah menamatkan pengajian peringkat Ijagikzah Sarjana Muda dan kekal sebagai Guru Besar di sekolah yang sama. Berapakah kelayakan Cuti Rehat tahunan pegawai setelah dilantik ke jawatan Gred DG41?
Kelayakan Cuti Rehat tahunan pegawai adalah sebanyak 25 hari setahun. Berdasarkan PP 14/2008, pegawai awam yang lantikan mulai 1 Januari 2009, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam PP14/2008. Sehubungan itu, kadar Cuti Rehat tahunan pegawai yang telah memilih opsyen untuk kekal diberi kemudahan Cuti Rehat tahunan di bawah PP 4/2002 atau PP 20/2005 dan pegawai lantikan mulai 1 Januari 2009 adalah seperti berikut :
PPPLD yang dilantik sebagai PPPS:
Penetapan kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan di jawatan/ skim perkhidmatan yang baharu (PPPS) adalah berdasarkan tarikh lantikan pegawai ke jawatan/ skim perkhidmatan yang baharu (PPPS).