Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Bagaimanakah tarikh pergerakan gaji jawatan kenaikan pangkat ditentukan?

Tarikh pergerakan gaji tahunan pegawai yang dinaikkan pangkat hendaklah ditentukan mengikut tarikh kenaikan pangkatnya berkuat kuasa selaras dengan JADUAL KEDUA, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Lantikan, Naik Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)2012. – rujuk peraturan 45, P.U.(A)1/2012.

Jadual kedua : Pergerakan Gaji Tahunan (Peraturan 27)

Tarikh pelantikan

Tarikh pergerakan gaji

1 Januari hingga 31 Mac

1 Januari tahun yang berikutnya

1 April hingga 30 Jun

1 April tahun yang berikutnya

1 Julai hingga 30 September

1 Julai tahun yang berikutnya

1 Oktober hingga 31 Disember

1 Oktober tahun yang berikutnya

  • Bagaimanakah jika seseorang pegawai dinaikkan pangkat sebelum atau sama dengan tarikh pergerakan gaji pegawai itu dalam jawatan terdahulunya? Contohnya: Pegawai dinaikkan pangkat dari gred DG29 ke gred DG32 pada 1.1.2014. Tarikh pergerakan lama iaitu gred DG29: bulan Januari.

Kaedah penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat kepada pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya sama dengan tarikh pergerakan gaji dalam gred asal hendaklah dilaksanakan mengikut perenggan 44(3), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Lantikan, Naik Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 di mana jika seseorang pegawai dinaikkan pangkat sebelum atau sama dengan tarikh pergerakan gaji pegawai itu dalam jawatan terdahulunya, pergerakan gaji jawatan terdahulunya, jika ada, hendaklah diberi terlebih dahulu sebelum menentukan gaji permulaan dalam jawatan kenaikan pangkat. Contoh kaedah pelaksanaannya adalah seperti di Jadual 3.

Jadual 3 : Tarikh kuat kuasa naik pangkat sebelum atau sama dengan tarikh pergerakan gaji tahunan dalam gred asal.

Perkara

Tarikh

DG29

DG32

Tarikh PGT DG29

01/01/2014

RM2,829.91

Tarikh kuat kuasa naik pangkat DG32

01/01/2014

RM2,829.91

RM2,974.91

Tarikh PGT DG29/DG32

01/01/2015

RM2,974.91

RM3,129.91

Tarikh surat siaran naik pangkat

01/03/2015

Gaji minimum DG32 : RM2,731.00

  • Kongsi