Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Apakah kaedah penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat dan pelarasan gaji kenaikan pangkat sedia ada dilaksanakan?

Penetapan gaji permulaan dan pelarasan gaji kenaikan pangkat hendaklah dilaksanakan mengikut Peraturan 44(1), Peraturan–peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012/ P.U.(A)1/2012 di mana gaji yang diterima oleh seseorang pegawai yang dinaikkan pangkat hendaklah lebih tinggi daripada gaji akhir yang diterima dalam gred terdahulu. Walau bagaimanapun, bagi pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya berkuat kuasa sebelum tarikh pergerakan gaji (TPG) dalam gred asal, Ketua Jabatan hendaklah melaksanakan PGT dalam gred asal terlebih dahulu sebelum menetapkan gaji permulaan kenaikan pangkat [peraturan 44(3), P,U.(A)1/2012]. Manakala pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya berlaku selepas TPG dalam gred asal, penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat terus dilaksanakan berdasarkan gaji akhir tersebut.

Jadual 1 : Tarikh kuat kuasa naik pangkat sebelum tarikh pergerakan gaji tahunan dalam gred asal. Prinsip mendahulukan PGT dalam gred asal pada tarikh naik pangkat sebelum menentukan gaji permulaan naik pangkat DG48.

Perkara

Tarikh

DG44

DG48

Tarikh PGT DG44

01/10/2016

RM5,550.04

Tarikh kuat kuasa naik pangkat DG48

01/01/2017

RM5,550.04

RM6,050.04

Tarikh PGT DG44

01/10/2017

RM5,800.04

Tarikh surat siaran naik pangkat

01/11/2017

Gaji minimum DG48 : RM4,922.00

Jadual 2 : Tarikh kuat kuasa naik pangkat selepas tarikh pergerakan gaji tahunan dalam gred asal. Gaji permulaan naik pangkat terus diberi tidak kurang satu KGT dalam gred asal.

Perkara

Tarikh

DG44

DG48

Tarikh PGT DG44

01/10/2016

RM5,550.04

Tarikh kuat kuasa naik pangkat DG48

01/11/2016

RM5,550.04

RM5,800.04

Tarikh PGT DG44/DG48

01/10/2017

RM5,800.04

RM6,070.04

Tarikh surat siaran naik pangkat

01/11/2017

  • Kongsi