Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Jika pegawai ada pengalaman dalam bidang yang tidak sama dengan jawatan sekarang, bolehkah pegawai memohon untuk pelarasan semula gaji permulaan?

Penentuan dan penetapan gaji permulaan lantikan adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Melantik mengikut peraturan 23, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Lantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A)176/2005] dan peraturan 25, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Lantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)2012 [P.U.(A)1/2012].

Suruhanjaya boleh mempertimbangkan gaji permulaan yang lebih tinggi bagi lantikan untuk kali pertama yang memiliki pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan yang akan disandangnya tertakluk kepada peraturan 25 (3) dan (4), P.U.(A)1/2012. Menurut peraturan 25(5), P.U.(A)1/2012, pengalaman kerja yang dianggap berkaitan bagi seseorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional ialah pengalaman kerja yang diperoleh selepas pegawai itu mendapat kelayakan professional atau akademik sebagaimana yang ditentukan dalam skim perkhidmatan yang berkenaan.

  • Kongsi