Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Jika pegawai tidak sempat untuk membuat LNPT pada tahun pegawai mula bercuti, bolehkah pegawai mendapat PGT pada tahun berikutnya dan jika tidak adakah cara lain untuk pegawai mendapatkannya?

Menurut perenggan 50, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002, salah satu syarat yang melayakkan seseorang itu diberikan PGT ialah mencapai prestasi yang memuaskan (markah prestasi melebihi 60% - rujuk SPP 2 Tahun 2009, Lampiran D) dan diperakukan oleh Ketua Jabatan. Sehubungan dengan itu, pegawai yang tidak sempat untuk membuat LNPT pada tahun pegawai mula bercuti, tidak layak mendapat PGT pada tahun berikutnya kerana tidak mempunyai LNPT untuk dipertimbangkan oleh pihak yang berkenaan.

Namun sekiranya pegawai bercuti tanpa gaji kerana mengikut pasangan bertugas atau berkursus di dalam atau di luar negeri, cuti menjaga anak dan kombinasi mana-mana cuti di atas, LNPT yang digunakan ialah LNPT terakhir sebelum pegawai bercuti.

  • Pegawai telah menikmati kemudahan tiga kali pergerakan gaji secara isyarat kerana Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 29 Tahun 2009, dan apabila pegawai diluluskan Cuti Sakit Barah di bawah Perintah Am 31 (a) Bab C selama 24 bulan, adakah beliau layak menerima PGT secara isyarat lagi?

Kemudahan Cuti Sakit Barah di bawah Perintah Am 31(a) Bab C dan Lampiran D7, Perenggan 10(a), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991 adalah kemudahan cuti yang dibayar secara bergaji penuh yang tidak melebihi 24 bulan manakala Perenggan 10(c ), PP 9/1991 adalah kemudahan cuti yang dibayar secara separuh gaji yang tidak melebihi 12 bulan.

Pegawai yang diberikan kemudahan cuti sakit barah (CSB) bergaji penuh selama 24 bulan adalah layak menikmati PGT sama seperti pegawai yang sedang berkhidmat dengan syarat markah LNPT mereka yang terakhir hendaklah berada di tahap yang memuaskan (rujukan : perenggan 6(i), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1996). Manakala, pegawai yang diluluskan kemudahan CSB secara separuh gaji pula akan diberikan kemudahan PGT secara isyarat tidak lebih daripada tiga (3) kali pergerakan gaji dalam tempoh perkhidmatan.

Menurut perenggan 64, Pekeliling Perkhidmatan 4 Tahun 2002 (Pelaksanaan SSM bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan), anggota yang diluluskan cuti melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar bagi cuti belajar separuh gaji atau cuti belajar tanpa gaji, cuti tanpa gaji mengikut suami atau isteri belajar atau bertugas di dalam atau luar negeri atau cuti separuh gaji kerana menghidap penyakit tibi, kusta, barah dan penyakit yang seumpamanya akan diberi PGT secara isyarat tidak lebih daripada tiga kali pergerakan gaji dalam tempoh perkhidmatan

Namun sekiranya pegawai mengambil cuti barah separuh gaji dan tempohnya melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar, maka pada tahun berikutnya pegawai tidak lagi layak diberikan pergerakan gaji secara isyarat mengikut SPP 5/2002 kerana pegawai telahpun menikmati 3 kali pergerakan gaji secara isyarat sebelum ini apabila mengambil cuti tanpa gaji mengikut pasangan di bawah PP 29 Tahun 2009.

  • Kongsi