Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Pegawai tidak hadir bertugas melebihi 180 hari dalam satu tahun boleh ke diberi pergerakan gaji pada tahun berikutnya dan layak ke untuk menerima kenaikan pangkat?

Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 terhadap mana-mana pegawai yang tidak hadir bertugas tanpa kebenaran tanpa cuti. Sekiranya Ketua Jabatan mengambil tindakan tatatertib segera tanpa menunggu sehingga melebihi 180 hari maka isu ini tidak akan timbul. Walau bagaimanapun, menurut Lampiran D, SPP 2 Tahun 2009, pegawai yang memiliki kualiti peribadi dan tahap disiplin di bawah tahap yang diharapkan wajar diberikan markah prestasi sehingga 49.99% sahaja di mana mereka yang memperoleh markah prestasi di bawah 49.99% akan mengakibatkan pergerakan gaji tahunan tidak dapat dipertimbangkan kepada beliau.

  • Kongsi