Adakah pegawai boleh meminda tempoh Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan?
Tidak. Perenggan 16.2, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2017 telah menjelaskan bahawa pegawai tidak boleh meminda tempoh Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan bagi memudahkan urusan pentadbiran.