Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Adakah warga KPM yang dilantik sebagai sukarelawan bagi membantu mangsa banjir layak diberi kemudahan Cuti Tanpa Rekod atau pelepasan dan dianggap bertugas rasmi?

Sekiranya program sukarelawan tersebut merupakan anjuran Kementerian/ Jabatan, Ketua Jabatan dengan menggunakan budi bicaranya dan atas kepentingan perkhidmatan, boleh mengarahkan pegawai untuk membantu mangsa banjir/ memulihkan keadaan serta fasiliti-fasiliti yang berkenaan seolah-oleh pegawai menjalankan tugas rasminya.

Bagi program anjuran NGO dan atas kerelaan pegawai untuk membantu, tiada peruntukan kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi tujuan tersebut. Walau bagaimanapun, pegawai boleh menggunakan kemudahan Cuti Rehat yang ia berkelayakan bagi tujuan tersebut.

[Rujukan: Surat JPA rujukan JPA(SARAAN)262/6/3-11 Klt.8 (57) bertarikh 26 Februari 2015]

Cuti Kuarantin

  • Kongsi