Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Apakah yang dimaksudkan dengan perakuan kuarantin?

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/2016, perakuan secara bertulis atau melalui sijil sakit oleh pegawai perubatan Kerajaan atau swasta. Perakuan atau sijil sakit tersebut hendaklah di atas nama anak yang dijangkiti penyakit berjangkit yang disenaraikan di Lampiran A, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/2016 sahaja atau pindaannya dari semasa ke semasa, bukannya atas nama pegawai.

Cuti Kuarantin merupakan kemudahan cuti kepada pegawai menjaga anak yang disahkan dijangkiti penyakit yang tersenarai di Lampiran A Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/2016.

  • Kongsi